Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1438H/ 2017

Teks: Nurshuhada AbdullahFoto: Google Sudah Ramadan yang ke-9 pada hari ini. Pantas sungguh masa berlalu. Ramadan bulan yang mulia. Bulan dimana rahmat Allah mencurah-curah dan pahala yang berganda untuk hamba-hambaNya dengan setiap amalan kebaikan yang dilakukan. Aktiviti menjahit dan menulis dikurangkan pada bulan ini. Lebih kepada mengemaskini saja supaya lebih mesra pembaca. Mahu mencari ketenangan. Gitu. Kebetulan kerja-kerja di pejapat juga datang seperti tsunami dan semuanya perlu disiapkan secepat mungkin. Terpaksa korbankan hujung minggu yang tenang nyaman ini untuk membuat kerja-kerja pejabat di rumah. Cuba belajar untuk membahagikan masa dengan komitmen kerja, tanggunjawab sebagai suri rumah serta hobi waktu lapang […]

Continue Reading

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan: Apa Manfaat Yang Saya Perolehi?

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Google Ini entri yang ke-44, bermakna ini adalah entri terakhir saya dalam Kelas Asas Blog Dan Penulisan sesi Mei bersama Puan Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Ini adalah kali kedua saya berada di kelas ini. Sebelum ini saya bersama Puan Azura Abdullah, salah seorang pengurus online ABDR. Kali pertama saya mengambil masa sangat lama, hampir setahun juga untuk menyiapkan 44 entri disebabkan saya tidak konsisten dan tidak fokus dengan tugasan. Jadi saya masuk ke kelas ini kali kedua untuk memperbaiki kelemahan saya. Entri terakhir ini adalah ulasan berkenaan manfaat yang saya perolehi […]

Continue Reading

Katalog Dari Missouri Star Quilt Company (MSQC)

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Ini kali kedua saya terima katalog dari Missouri Star Quilt Company (MSQC). Memang sangat-sangat mencairkan hati seorang penjahit seperti saya ini dengan kain-kainnya yang pelbagai corak. Bertahan, kuatkan semangat untuk menempuh setiap helaian majalah ini. Jika kedainya di Malaysia, tamat sudah riwayat gaji saya tiap-tiap bulan pergi sini sahaja. Belian untuk $100 kos penghantarannya adalah $25. Jika ditukarkan ke Ringgit Malaysia lebih kurang RM430 tambah kos penghantaran RM108. Jadi jumlahnya RM538. Terbeliak mata tengok. Selalu beli kain setiap bulan tak lebih pun dari RM100. Harap satu hari nanti, mana tahu ada rezeki mampu membelinya. […]

Continue Reading

Mengumpul Setem, Hobi Atau Sekadar Suka-Suka

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Macam tidak percaya sebab ada album setem sendiri. Sepertinya saya ini seorang pengumpul setem yang tegar. Walhal tidak pun. Bagaimana saya mempunyai album setem sendiri ini, semuanya bermula semasa saya di sekolah menengah dan tinggal di asrama. Semasa di asrama dalam satu bilik atau dorm ada 14 orang semuanya. Kebanyakkan datang dari daerah-daerah yang lain walaupun satu negeri.  Waktu itu tiada telefon apatah lagi nak berhubung melalui whatsapp, facebook, wechat dan seangkatan dengannya. Jadi setiap kali tiba hari raya, sebelum balik bercuti mulalah kami sibuk minta alamat masing-masing sebab teruja nak menghantar kad raya. […]

Continue Reading

Hasil Projek Jahitan Alas Gelas Dari Perca-Perca Kain

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Aktiviti hujung minggu hari itu, semasa mengemas almari kain tanpa sedar banyak lebihan-lebihan kain yang saya telah kumpul. Ini sebabnya masa menjahit rasa sayang nak dibuang walaupun hanya tinggal perca-perca kecil saja. Jadi daripada simpan sahaja, rasa macam nak buat sesuatu dengan kain-kain ini. Hasilnya dapatlah dua keping alas gelas yang bersaiz 5 inci x 5 inci. Cuma cantum-cantumkan saja perca-perca kain tersebut dan jahit. Ia dipanggil jahitan patchwork. Tidak makan masa yang lama untuk hasilkannya.     Nak buat banyak tapi masa tidak mengizinkan. Walaupun hanya perca-perca kecil saja tetapi ia dapat hasilkan […]

Continue Reading

Setting Jahitan Tepi Halus Mesin Jahit Brother 404D

Teks: Nurshuhada AbdullahFoto: Nurshuhada Abdullah Ini pula adalah setting untuk mendapatkan jahitan tepi halus. Selalunya diunakan untuk membuat kelim pada tudung. Menggunakan 1 jarum (jarum sebelah kanan) dan 3 benang. Setting: 6, 6, 6 i) Tulisan berwarna pink mewakili jarum sebelah kanan ii) Tulisan berwarna hijau setting untuk upper looper, iii) Tulisan berwarna biru setting untuk lower looper Stitch length: R Stitch width: 5R Differential feed adjustment: Pusing ke 1.0 Keluarkan stitch finger dari mesin jahit Stitch finger yang telah dikeluarkan. Kain yang bewarna pink adalah hasil jahitan tepi halus. Untuk setting jahitan tepi biasa/ kasar seperti kain yang berwarna […]

Continue Reading

Setting Jahitan Tepi Biasa/ Kasar Mesin Jahit Brother 404D

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Minggu lepas saya menghantar mesin jahit tepi ke kedai untuk diservis. Semalam sudah siap. Sementara menunggu bil keluar, pemilik kedai di situ telah berkongsi cara nak setting jahitan tepi kasar dan halus untuk mesin jahit ini. Ini adalah setting untuk jahitan tepi biasa/ kasar. Menggunakan 1 jarum (jarum di sebelah kanan) dan 3 benang. Setting: 4, 4, 4 i) Tulisan berwarna pink mewakili jarum sebelah kananii) Tulisan berwarna hijau mewakili upper looper, iii) Tulisan berwarna biru mewakili lower looper Setting untuk stitch length: 3 Setting untuk width: 5 1/2 Setting untuk differential feed adjustment: […]

Continue Reading

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Sulaman (Embroidery)

Teks: Nurshuhada AbdullahFoto: Google Foto kredit: nancynicholson.blogspot.com Sulaman adalah satu teknik jahitan yang melibatkan penggunaan alatan seperti ram, jarum sulam dimana saiznya lebih besar daripada jarum biasa, benang sulam serta corak yang akan disulam. Sulaman menggunakan mesin memberi kelebihan dalam memudahkan dan mempercepatkan kerja sulaman. Sulaman tangan memakan masa berhari-hari bergantung pada corak yang ingin dihasilkan. Sulaman mesin terbahagi kepada dua iaitu sulaman mesin manual dan sulaman mesin berkomputer. Sulaman mesin manual memerlukan kita menggerakkan sendiri ram mengikut corak sulaman yang dikehendaki. Berbeza dengan mesin sulaman berkomputer di mana kita hanya perlu menetapkan corak yang kita mahu pada mesin. Kemudian […]

Continue Reading

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Smocking

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Google Foto kredit: www.fancyfootfarm.com Satu teknik membuat lipatan atau kedutan untuk menghasilkan tekstur pada pakaian. Lipatan atau kedutan yang dihasilkan akan dimatikan dengan jahitan Tidak tertumpu pada pakaian sahaja, ia juga turut diaplikasikan pada barangan hiasan dalaman seperti sarung bantal. Terdapat pelbagai jenis jahitan smocking diantaranya; jahitan outline, jahitan stem, jahitan cable, jahitan wave, jahitan surface honeycomb, jahitan feather, jahitan trellis, serta jahitan chain. ** Tutorial dari youtube bagaimana teknik smocking ini dilakukan.

Continue Reading

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Paper Piecing

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Google Foto kredit: www.whitneysews.com Menggunakan kertas sebagai asas untuk membentuk corak yang diingini. Kemudian kepingan-kepingan kain akan dijahit pada corak tersebut. Di atas kertas tersebut akan diletakkan nombor sebagai panduan mencantum serta menjahit kepingan-kepingan kain mengikut urutan untuk mendapatkan hasil yang kemas dan menarik. Salah satu projek jahitan saya yang menggunakan teknik paper piecing.  ** Tutorial dari youtube bagaimana teknik paper piecing ini dilakukan.

Continue Reading
1 2 3 6