Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1438H/ 2017

Teks: Nurshuhada AbdullahFoto: Google Sudah Ramadan yang ke-9 pada hari ini. Pantas sungguh masa berlalu. Ramadan bulan yang mulia. Bulan dimana rahmat Allah mencurah-curah dan pahala yang berganda untuk hamba-hambaNya dengan setiap amalan kebaikan yang dilakukan. Aktiviti menjahit dan menulis dikurangkan pada bulan ini. Lebih kepada mengemaskini saja supaya lebih mesra pembaca. Mahu mencari ketenangan. Gitu. Kebetulan kerja-kerja di pejapat juga datang seperti tsunami dan semuanya perlu disiapkan secepat mungkin. Terpaksa korbankan hujung minggu yang tenang nyaman ini untuk membuat kerja-kerja pejabat di rumah. Cuba belajar untuk membahagikan masa dengan komitmen kerja, tanggunjawab sebagai suri rumah serta hobi waktu lapang […]

Continue Reading

Mengumpul Setem, Hobi Atau Sekadar Suka-Suka

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Macam tidak percaya sebab ada album setem sendiri. Sepertinya saya ini seorang pengumpul setem yang tegar. Walhal tidak pun. Bagaimana saya mempunyai album setem sendiri ini, semuanya bermula semasa saya di sekolah menengah dan tinggal di asrama. Semasa di asrama dalam satu bilik atau dorm ada 14 orang semuanya. Kebanyakkan datang dari daerah-daerah yang lain walaupun satu negeri.  Waktu itu tiada telefon apatah lagi nak berhubung melalui whatsapp, facebook, wechat dan seangkatan dengannya. Jadi setiap kali tiba hari raya, sebelum balik bercuti mulalah kami sibuk minta alamat masing-masing sebab teruja nak menghantar kad raya. […]

Continue Reading

Saya Seorang Peminat Tegar Barangan IKEA

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Google   Tahun 2017 merupakan tahun untuk saya dan suami mula konsisten mendekorasi kediaman. Sudah bermula sedikit demi sedikit pada tahun lepas. Hendak ubah semuanya tidak mampu kerana perlu mengambil kira soal bajet. Perbelanjaan perlu dilakukan dengan berhemat supaya tidak terlebih bajet. Kami tidaklah mengimipikan dekorasi yang mewah tetapi cukup mengikut citarasa sendiri yang mahukan dekorasi ringkas, praktikal dan selesa sesuai dengan keluasan kediaman kami yang kecil. Saya  mulakan dengan ruang di mana tempat paling saya suka iaitu ‘workstation’. Tempat di mana saya mencari inspirasi untuk menulis blog, mencari idea untuk dekorasi, menjahit dan membuat projek […]

Continue Reading

Siri Tujuh Penyiasat Karya Enid Blyton Memori Budak-Budak Zaman 90-An

Teks: Nurshuhada AbdullahFoto: Nurshuhada Abdullah Dalam perjalanan ke pejabat sambil mendengar radio. Topik paginya, “Apa buku pertama yang anda baca semasa kecil ?.” Dengan pantasnya Siri Tujuh Penyiasat karya Enid Blyton melintas di fikiran. Kisah penyiasatan tujuh orang sahabat bersama seekor anjing membantu polis menyelesaikan misteri. Buku ni memang sangat popular di kalangan budak-budak yang membesar pada zaman 90-an. Jika boleh waktu itu mahu ada semua koleksi buku-bukunya. Kebetulan saya ada bukunya yang dibeli di kedai buku terpakai dengan harga RM1.50. Siap berbalut lagi. Ini versi yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Syarikat Penerbitan Fargoes Sdn. […]

Continue Reading

Salam Perkenalan Dari Saya Pemilik blog

Teks: Nurshuhada Abdullah Assalamualaikum w.b.t, Salam perkenalan dari saya Nurshuhada Abdullah pemilik blog ini. Seorang isteri yang masih bekerja sepenuh masa. Mengapa saya menulis blog.? Apabila saya mula jatuh cinta dengan jahitan kreatif. Disebabkan itu blog ini diberi nama ‘Oh Mesin Jahitku’. Bertujuan berkongsi pengalaman menjahit dengan komuniti maya yang mempunyai minat yang sama. Dulu saya tidak pernah terfikir untuk belajar menjahit. Semuanya bermula apabila saya mula berjinak-jinak dalam dunia kraf felt  dan seterusnya minat tersebut berpindah ke jahitan pula. Sejak kecil saya amat mengagumi barangan-barangan yang dihasilkan melalui kraftangan serta hasil seni. Saya lebih suka membuat sendiri hadiah untuk […]

Continue Reading