Dekorasi Pasu Kaison

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Ada masa terluang ni dapat siapkan satu projek dekorasi memeriahkan ruang meja. Ruang tempat saya mencari inspirasi. Menjadi terapi mata untuk saya berfikir dan bekerja dengan senang hati. Jom, saya kongsikan cara membuatnya. Sangat mudah dan cepat. Bahan-bahannya: 1. Pasu hiasan yang dibeli di KAISON 2. Masking tape saiz 1 inci 3. Pen Artline hitam (tak semestinya guna pen jenis ini, pen lain pun boleh) 4. Marker warna ikut suka (saya gunakan Fabric Marker Sharpie sebab hanya itu yang ada di rumah) 5. Gunting 6. Cutting Mat 1. Potong masking tape agak-agak dapat bentuk […]

Continue Reading

Tutorial Hias Pasu Putih SKURAR Dari IKEA

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah ‘ Our home is our art’ Alatannya ialah; marker hitam Sharpie, pensel, pemadam dan bekas kosong yang bewarna putih. Saya guna pasu SKURAR dari IKEA yang sedia ada di rumah. Permukaannya licin senang untuk dilukis. Corak geometri adalah pilihan selamat. Tidak perlu berimaginasi tinggi sampai kecut otak dibuatnya. Lukis garisan dan bulatan sehingga membentuk satu corak, dilukis berulang-ulang kali. Warnakan hitam di bahagian yang dirasakan sesuai. Walau apapun hasil lukisan itu, itulah seni yang ikhlas lahir dari hati. Cewah. Lepas siap bolehlah dijadikan hiasan untuk ditenung lama-lama. Pertama sekali, lukis dahulu corak yang kita […]

Continue Reading

Tutorial Sarung Tab Instagram & Minion Guna Felt

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Assalamualaikum w.b.t. Aktiviti kraf adik-beradik di hujung minggu namanya ni. Adik perempuan saya tiba-tiba teringin lah pula nak buat aktiviti kraf. Jadi aktiviti yang terlintas di fikiran saya ialah seni kraf felt. Ia mudah dan senang dibuat. Tengah dia ada ‘mood’ nak buat aktiviti berfaedah lebih baik beri dia galakan. Sekurang-kurangnya adalah aktiviti yang dia buat daripada menonton televisyen saja. Maklumlah orang dah habis SPM, merdekalah jawabnya. Kalau boleh nak hadap televisyen 24 jam. Inilah hasil kerja tangan adik saya. Nampak jugalah rupa minion tu. Jadi kakakmu yang tersangat baik hati ini bagi lima […]

Continue Reading

Projek Kraf Felt

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Assalamualaikum w.b.t. Seni kraf felt ini adalah aktiviti kraf yang pernah saya buat dahulu sebelum mula minat menjahit. Sempat jugalah mengambil tempahan. Ini adalah projek kraf felt saya yang pertama. Saya cuba buatkan keychain nama untuk adik. Bila tengok semula hasil projek pertama ini rasa kelakar pun ada. Ya lah budak baru belajar, jahitan pun nampak tak kemas dan tak seimbang. Gam pula comot sana, comot sini. Lagi satu, sila abaikan gambar yang kabur dan gelap itu ya. Hihi. Tak pandai nak tangkap gambar lagi waktu ini. Lama-lama bila sudah cuba banyak kali, adalah […]

Continue Reading

Dekorasi Botol Kaca Kosong

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Assalamualaikum w.b.t Projek kraf pertama untuk tahun 2016. Selalu tengok botol tempat menyimpan gunting ni kosong je. Jadi hari ini nak bagi dia pakai baju pula. Sekurang-kurangnya ceria sikit mata nak tengok warna-warni gitu. Nak buatnya pun mudah saja. Guna kain perca dari pelbagai corak digunting panjang-panjang. Kemudian lilitkan pada botol dan tampal menggunakan gam UHU saja. Dah jadi. Kalau ada tali atau lace boleh buat ikat riben. Ikut daya kreativiti masing-masing. Tadaa. Siap sudah. Yang ini pula hasil kerja tangan adik saya. Dia pun teringin juga nak mencuba membuatnya. Tak sangka dia pun […]

Continue Reading

Bunga-Bunga Cinta Lace

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Bunga-Bunga Cinta Lace Beberapa hari ini saya telah diserang selsema. Sepanjang hujung minggu dihabiskan dengan berehat sahaja. Selalunya waktu cuti macam inilah saya berpeluang melakukan aktiviti jahit- menjahit ini. Sebab bila dah masuk hari bekerja memang tiada masa. Sambil duduk berehat membelek-belek laptop, terjumpa pula gambar projek jahitan dan kraf yang saya buat dulu. Setiap kali saya dapat siapkan sesuatu projek itu, saya akan mengambil gambar sebagai rekod dan simpanan. Ia juga sebagai penyuntik semangat untuk saya menjahit serta berkraf lagi dan lagi tanpa rasa jemu atau letih. Kerana bukan setiap projek yang dibuat […]

Continue Reading