Katalog Dari Missouri Star Quilt Company (MSQC)

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Ini kali kedua saya terima katalog dari Missouri Star Quilt Company (MSQC). Memang sangat-sangat mencairkan hati seorang penjahit seperti saya ini dengan kain-kainnya yang pelbagai corak. Bertahan, kuatkan semangat untuk menempuh setiap helaian majalah ini. Jika kedainya di Malaysia, tamat sudah riwayat gaji saya tiap-tiap bulan pergi sini sahaja. Belian untuk $100 kos penghantarannya adalah $25. Jika ditukarkan ke Ringgit Malaysia lebih kurang RM430 tambah kos penghantaran RM108. Jadi jumlahnya RM538. Terbeliak mata tengok. Selalu beli kain setiap bulan tak lebih pun dari RM100. Harap satu hari nanti, mana tahu ada rezeki mampu membelinya. […]

Continue Reading

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Sulaman (Embroidery)

Teks: Nurshuhada AbdullahFoto: Google Foto kredit: nancynicholson.blogspot.com Sulaman adalah satu teknik jahitan yang melibatkan penggunaan alatan seperti ram, jarum sulam dimana saiznya lebih besar daripada jarum biasa, benang sulam serta corak yang akan disulam. Sulaman menggunakan mesin memberi kelebihan dalam memudahkan dan mempercepatkan kerja sulaman. Sulaman tangan memakan masa berhari-hari bergantung pada corak yang ingin dihasilkan. Sulaman mesin terbahagi kepada dua iaitu sulaman mesin manual dan sulaman mesin berkomputer. Sulaman mesin manual memerlukan kita menggerakkan sendiri ram mengikut corak sulaman yang dikehendaki. Berbeza dengan mesin sulaman berkomputer di mana kita hanya perlu menetapkan corak yang kita mahu pada mesin. Kemudian […]

Continue Reading

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Smocking

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Google Foto kredit: www.fancyfootfarm.com Satu teknik membuat lipatan atau kedutan untuk menghasilkan tekstur pada pakaian. Lipatan atau kedutan yang dihasilkan akan dimatikan dengan jahitan Tidak tertumpu pada pakaian sahaja, ia juga turut diaplikasikan pada barangan hiasan dalaman seperti sarung bantal. Terdapat pelbagai jenis jahitan smocking diantaranya; jahitan outline, jahitan stem, jahitan cable, jahitan wave, jahitan surface honeycomb, jahitan feather, jahitan trellis, serta jahitan chain. ** Tutorial dari youtube bagaimana teknik smocking ini dilakukan.

Continue Reading

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Paper Piecing

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Google Foto kredit: www.whitneysews.com Menggunakan kertas sebagai asas untuk membentuk corak yang diingini. Kemudian kepingan-kepingan kain akan dijahit pada corak tersebut. Di atas kertas tersebut akan diletakkan nombor sebagai panduan mencantum serta menjahit kepingan-kepingan kain mengikut urutan untuk mendapatkan hasil yang kemas dan menarik. Salah satu projek jahitan saya yang menggunakan teknik paper piecing.  ** Tutorial dari youtube bagaimana teknik paper piecing ini dilakukan.

Continue Reading

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Tampal Hias (Applique)

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Google Foto kredit: www.seasonedhomemaker.com Kain digunting mengikut corak yang dikehendaki dan kemudian dijahit di atas pakaian ataupun kain yang kita mahu. Jahitan sembat susup dan jahitan insang pari adalah salah satu jahitan yang sering digunakan untuk menampal hias bentuk yang telah dipotong tadi pada kain. Boleh juga menggunakan mesin jahit dengan jahitan zig-zag ataupun jahitan sulam. **  Tutorial dari youtube jahitan tangan insang pari untuk tampal hias.

Continue Reading

Jahitan Kreatif: Apa Itu Jahitan Quilting

Teks: Nurshuhada AbdullahFoto: Google Foto kredit: www.sewmamasew.com Proses menjahit dua lapisan kain yang diletakkan batting diantaranya dan kemudian dijahit menjadi satu lapisan kain yang tebal.  Boleh dijahit dengan menggunakan tangan ataupun mesin jahit. Jika menggunakan mesin jahit, ia mempunyai tapak jahit khas untuk quilting. Jadi jahitan tidak hanya pada jahitan lurus sahaja tetapi corak jahitan boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti sendiri. Sebagai contoh seperti gambar di atas quilting dijahit dengan jahitan yang berlingkar. Selalunya kain pada lapisan pertama menggunakan teknik tampal cantum (patchwork) supaya projek jahitan nampak lebih menarik. Teknik quilting ini sering digunakan dalam menghasilkan selimut dan juga beg. Salah […]

Continue Reading

Ceriakan Dekorasi Kediaman Dengan Projek Jahitan Kreatif

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Jahitan kreatif seperti jahitan tampal cantum (patchwork), tampal hias (applique), seni quilt, sulaman dan smocking menjadikan hasil jahitan itu unik mengikut kreativiti seseorang itu. Dalam satu projek jahitan kreatif itu tidak semestinya hanya menggunakan satu teknik sahaja tetapi kesemua teknik tersebut boleh diaplikasikan bersama. Sebagai contoh, jahitan sulaman boleh digunakan untuk menampal corak pada kain dalam projek jahitan tampal hias. Manakala teknik tampal cantum pula boleh dijadikan sebagai lapisan kain yang pertama dalam projek jahitan quilting.   Aksesori hiasan seperti sarung bantal, alas meja, alas kaki, hiasan dinding dan pelbagai lagi yang menggunakan teknik […]

Continue Reading

Peralatan Asas Menjahit Bagi Jahitan Kreatif

Teks: Nurshuhada Abdullah Mesin Jahit Mesin jahit tersebut sekurang-kurangnya mempunyai fungsi jahitan lurus, jahitan zig-zag serta panjang jahitan yang boleh dilaras. Mampu menjahit lapisan kain yang tebal.  Tapak Jahit Terdapat pelbagai jenis tapak jahit dengan pelbagai fungsi di pasaran. Tapak jahit zip digunakan untuk menjahit zip pada kain. Manakala tapak jahit kelim digunakan untuk membuat kelim pada kain. Setiapnya direka sesuai dengan kegunaannya supaya proses menjahit menjadi mudah. Jarum Mesin Jahit Dibekalkan sekali apabila membeli mesin jahit. Jenis jarum yang digunakan perlu bersesuaian dengan ketebalan kain yang mahu dijahit. Jika tidak ia akan mengakibatkan jarum akan bengkok atau patah serta […]

Continue Reading

Tutorial Beg Jerut

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Jom kita menjahit. Selamat mencuba. Bahan-bahannya: Peralatan asas menjahit. Untuk bahagian luar beg 1. 2 keping kain cotton saiz 10 inci (P) x 6 inci (L)2. 1 keping kain cotton saiz 10 inci (P) x 13 inci (L) Untuk bahagian dalam beg3. 1 keping kain cotton saiz 10 inci (P) x 23 inci (L) 4. Riben atau tali ukuran 24.5 inci panjang dipotong dua. * Sebaik-baiknya kain diseterika dahulu sebelum dipotong. * Basi jahitan 1/2 inci.* P-Panjang, L-Lebar 1. Susun kain macam gambar di atas. Bahagian hadapan kedua-dua kain bertemu. Letak pin dan jahit […]

Continue Reading

Tutorial Sarung Bekas Tisu Mini

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Projek jahitan yang tidak perlu menggunakan kain yang banyak. Perca kain pun boleh. Bahan-bahannya: 1. Peralatan asas menjahit 2. Kain cotton bersaiz 5.5 inci (P) x 6.5 (L) untuk bahagian luar sarung tisu 3. Kain cotton bersaiz 5.5 inci (P) x 7.5 (L) untuk bahagian dalam sarung tisu * Basi jahitan 1/4 inci.* P-Panjang, L-Lebar 1. Kain A untuk bahagian luar sarung tisu. Manakala kain B untuk bahagian dalam sarung tisu. 2. Temukan permukaan hadapan kain A dan B seperti dalam gambar. Samakan di bahagian hujung kain dan jahit. Saiz kain B memang akan […]

Continue Reading