Setting Jahitan Tepi Halus Mesin Jahit Brother 404D

Teks: Nurshuhada AbdullahFoto: Nurshuhada Abdullah Ini pula adalah setting untuk mendapatkan jahitan tepi halus. Selalunya diunakan untuk membuat kelim pada tudung. Menggunakan 1 jarum (jarum sebelah kanan) dan 3 benang. Setting: 6, 6, 6 i) Tulisan berwarna pink mewakili jarum sebelah kanan ii) Tulisan berwarna hijau setting untuk upper looper, iii) Tulisan berwarna biru setting untuk lower looper Stitch length: R Stitch width: 5R Differential feed adjustment: Pusing ke 1.0 Keluarkan stitch finger dari mesin jahit Stitch finger yang telah dikeluarkan. Kain yang bewarna pink adalah hasil jahitan tepi halus. Untuk setting jahitan tepi biasa/ kasar seperti kain yang berwarna […]

Continue Reading

Setting Jahitan Tepi Biasa/ Kasar Mesin Jahit Brother 404D

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Minggu lepas saya menghantar mesin jahit tepi ke kedai untuk diservis. Semalam sudah siap. Sementara menunggu bil keluar, pemilik kedai di situ telah berkongsi cara nak setting jahitan tepi kasar dan halus untuk mesin jahit ini. Ini adalah setting untuk jahitan tepi biasa/ kasar. Menggunakan 1 jarum (jarum di sebelah kanan) dan 3 benang. Setting: 4, 4, 4 i) Tulisan berwarna pink mewakili jarum sebelah kananii) Tulisan berwarna hijau mewakili upper looper, iii) Tulisan berwarna biru mewakili lower looper Setting untuk stitch length: 3 Setting untuk width: 5 1/2 Setting untuk differential feed adjustment: […]

Continue Reading

Alatan Asas Menjahit Pakaian

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Selain mesin jahit, kita juga perlukan alatan menjahit supaya aktiviti menjahit boleh dimulakan. Sebelum menjahit, penting untuk kita mengenali alatan menjahit dan fungsinya terlebih dahulu supaya aktiviti jahitan dapat dilakukan dengan lancar. Berikut adalah alatan asas yang sering digunakan dalam menjahit pakaian. Mari kita mulakan. Pertama sekali, apa yang kita perlu tahu, peralatan menjahit terbahagi kepada; 1. Alatan mengukur 2. Alatan menanda 3. Alatan memotong 1. Alatan Mengukur Pita Ukur Sejenis alat pengukur boleh lentur yang mempunyai ukuran dalam inci dan sentimeter. Digunakan untuk mengambil ukuran badan. Pembaris Lengkung Bahagian lengkung pada pembaris digunakan […]

Continue Reading

Pengalaman Membeli Mesin Jahit

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Bila sudah ada minat menjahit, mesti kena ada mesin jahit. Betul tak?. Tapi … “Mesin jahit jenis apa nak beli?” “Mesin jahit mana yang sesuai bagi yang tak pernah menjahit?” “Mesti mahal, cukup ke bajet?” “Tak pernah langsung pegang mesin jahit ini, macam mana nak guna nanti?” Soalan-soalan inilah yang menganggu fikiran saya masa mula-mula hendak membeli mesin jahit dulu. Sebagai permulaan dengan tahap keyakinan menjahit yang masih rendah, saya cuba membeli mesin jahit yang murah dahulu. Tujuannya hendak belajar dahulu serba sedikit komponen asas mesin jahit. Jadi saya pun membeli mesin jahit Global […]

Continue Reading

Cara Membaca Ukuran Inci

Teks: Nurshuhada Abdullah Foto: Nurshuhada Abdullah Hari ini saya nak berkongsi lebih-lebih lagi kepada yang baru nak belajar menjahit bagaimana cara membaca ukuran dalam inci. Mari kita mulakan. Pembaris inci di atas dan di bawah pula adalah pembaris metrik Pertama sekali cuba lihat perbezaan diatas, diantara pembaris metrik yang biasa kita gunakan dengan pembaris dalam ukuran inci. Pembaris metrik mempunyai 10 senggat (garisan) manakala pembaris inci pula mempunyai 8 senggat. Sekarang kita lihat pada pembaris inci, setiap satu senggat mewakili setiap nombor seperti yang dinyatakan di bawah. Bacaan bermula dengan senggat pertama iaitu 0 kemudian diikuti seterusnya dengan, 1/8 inci […]

Continue Reading