Assalamualaikum.
Salam perkenalan dari saya Nurshuhada Abdullah, pemilik blog ini. Seorang yang masih bekerja sepenuh masa. Menjahit adalah aktiviti saya di masa lapang.
Mengapa saya menulis blog?
Apabila saya mula berminat dengan jahitan kreatif. Disebabkan itu, blog ini diberi nama ‘Oh, Mesin Jahitku!’. Ia bertujuan untuk berkongsi pengalaman menjahit dan menjadi sebahagian dari komuniti maya yang mempunyai minat yang sama.
Dulu saya tak pernah terfikir untuk belajar menjahit. Semuanya bermula apabila saya mula berjinak-jinak dalam dunia kraf felt dan seterusnya minat tersebut berpindah pula ke jahitan. Jadi, apabila melihat banyak perkongsian kraf yang cantik dan kreatif yang dihasilkan melalui jahitan di internet, dari situ timbulnya minat saya untuk belajar menjahit. Sejak kecil, saya amat mengagumi barangan handmade serta hasil seni. Waktu bersekolah dulu, saya suka membuat sendiri hadiah hari jadi untuk diberikan kepada kawan-kawan.
Jadi, tujuan saya menulis blog untuk berkongsi minat, merekod segala hasil jahitan, diy dan kraf dengan pembaca semua.
Terima kasih sudi mengunjungi dan membaca di blog ini. Saya berharap apa yang dikongsikan memberi manfaat dan inspirasi kepada pembaca.