Siap juga akhirnya. Skirt kedut yang telah saya hasilkan beberapa hari ini.
Skirt ini sangat mudah untuk dijahit dan tidak memakan masa yang lama. Setengah jam sudah boleh siap. Sesuai untuk kegunaan santai dan pakaian harian di rumah.
Lepas ini, boleh jahit banyak-banyak skirt untuk diri sendiri. Jimat sangat! Lebih-lebih lagi jenis macam saya. Setiap kali beli skirt mesti kena alter dulu baru boleh pakai.
Hari ini, saya nak berkongsi bagaimana cara membaca ukuran dalam inci. Mari kita mulakan.
Pembaris inci di atas dan pembaris metrik di bawah.
Pertama sekali, kita lihat perbezaan di atas. Pembaris metrik yang biasa kita gunakan mempunyai 10 senggat (garisan) manakala pembaris inci mempunyai 8 senggat.
Pada pembaris inci, setiap satu senggat (garisan) mewakili nombor-nombor seperti yang dinyatakan di bawah.
Bacaan bermula dengan senggat pertama iaitu 0 kemudian diikuti seterusnya dengan,
*Tulisan yang ditebalkan bermaksud ukuran ini sering digunakan sewaktu menjahit.
Ini beberapa contoh gambar ukuran kain yang diambil supaya lebih jelas dan mudah untuk faham.
Ukuran kain ialah 3/4 inciUkuran kain ialah 1 1/4 inci Ukuran kain ialah 1 1/2 inciUkuran kain ialah 2 1/4 inciUkuran kain ialah 3 5/8 inciUkuran kain ialah 3 7/8 inci
PENGIRAANDALAM UKURAN INCI
CARA PERTAMA:
Kemudian, saya nak kongsikan bagaimana membuat pengiraan apabila kita mahu dapatkan sesuatu ukuran dalam inci.
Sebagai contoh:
Apabila kita hendak melakar pola, ukuran lilit pinggang perlu dibahagikan kepada 4 bahagian.
Jika ukuran lilit pinggang 28 inci, maka 28 dibahagi dengan 4. Jawapannya adalah 7 inci.
Tetapi, jika ukuran lilit pinggang seperti 25 1/2 inci atau 27 1/2 inci, bagaimana kita hendak membahagikan ukuran itu kepada 4 bahagian?
Sebelum itu, mari kita lihat pengiraan di bawah ini:
1/8 inci = 0.125 inci (1/8 sama juga dengan 1 dibahagi 8 dapat jawapan 0.125. Pengiraan yang seterusnya juga sama.)
Kita kembali semula kepada cara pengiraan pinggang tadi. Cara pengiraannya adalah seperti berikut:
25 1/2 inci dibahagi dengan 4;
25 1/2 inci = 1/2 inci sama juga dengan 0.5 inci (lihat pengiraan di atas). Jadi, 25 inci + 0.5 inci = 25.5 inci. Kemudian, 25.5 inci dibahagi dengan 4, jawapannya ialah 6.375 inci.
*Untuk memudahkan pembacaan pada pita pengukur, ukuran 6.375 inci ini ditukarkan semula kepada pecahan seperti berikut:
0.375 sama juga dengan 3/8 inci (lihat pengiraan di atas). Maka, 6.375 inci = 6 3/8 inci.
Kesimpulannya, ukuran lilit pinggang 25 1/2 inci dibahagi dengan 4, jawapannya ialah 6 3/8 inci atau 6.375 inci.
Contoh pengiraan bagi ukuran lain: 27 1/2 inci dibahagi dengan 4 jawapannya ialah 6 7/8 inci atau 6.875 inci
CARA KEDUA:
Ada satu lagi cara. Saya belajar cara ini dari guru menjahit saya sewaktu kelas menjahit dulu.
Sebagai contoh, 25 1/2 inci dibahagi dengan 4;
Guna pita pengukur. Ambil ukuran 25 1/2 inci dan lipatkan pita pengukur tersebut kepada dua bahagian. Seperti dalam gambar di atas.
Selepas dilipat dua, kita akan dapat ukuran 12 3/4 inci. Kemudian, dari ukuran 12 3/4 inci lipatkan lagi kepada dua bahagian. Sebab ia perlu dibahagi kepada 4 bahagian, jadi pita pengukur perlu dilipat sebanyak dua kali.
Akhir sekali, ukuran yang kita dapat pada pita pengukur; 25 1/2 inci dibahagi dengan 4 jawapannya ialah 6 3/8 inci.
Sampai di sini saja. Semoga perkongsian ini jelas dan mudah untuk faham. Saya harap ia dapat membantu. Jumpa lagi di entri akan datang. Selamat menjahit!
Masa itu, ingat nak buat pincushion sebab sayang nak buang kain-kain lebihan yang ada. Apabila dah gunting, jahit dan nak isikan dengan fiber, tiba-tiba saya bertukar fikiran pula. Disebabkan saiznya yang comel sangat, saya rasa tidak sesuai nak dijadikan sebagai pincushion. Saiznya lebih kurang 2.5 inci x 2.5 inci saja. Jadi, saya jahitkan lace pada hujung bantal. Akhirnya, jadilah seperti dalam gambar. Nampaknya, digantung jadi hiasan sajalah bantal mini ini.
Insya-Allah, jumpa lagi di entri seterusnya. Selamat berhujung minggu dan selamat menjahit!