
Hai, semua! Seperti yang dirancang, akhirnya siap juga. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya sempat mencuri masa untuk menjahit beg jerut (drawstring bag) ini. Alhamdulillah.

Inilah kain-kain cotton dalam entri sebelum ini, kini telah menjadi beg jerut – sebagai hadiah tajaan untuk adik-adik yang akan mengikuti bengkel Blogger Cilik Malaysia pada musim cuti sekolah ini.
Beg jerut ini berukuran lebih kurang 7 inci panjang dan 10 inci lebar (18cm x 25.5cm), semuanya ada 10 unit. Dua beg jerut akan ada satu corak. Beg-beg ini dijahit menggunakan kain cotton dengan pelbagai corak ceria dan berwarna-warni, sesuai dengan usia adik-adik yang akan menyertai bengkel ini.
Kain-kain ini telah bertukar rupa menjadi sesuatu yang lebih bermakna;





Semoga dengan tajaan hadiah yang serba ringkas ini sedikit sebanyak dapat mengembirakan hati adik-adik ini serta dapat memberi semangat dan inspirasi untuk mereka menulis dengan gembira.
Selamat menulis dan selamat menjahit!
Hi.. do you sell this product. Plzz mail me the details at aditibajaj19@gmail.com
Thanks
product ni ade buat jual ke? boleh pm saya, maisarahhananai@gmail.com / 0174738889. thank you
Maaf ya. Lambat reply. Saya tak jual product ni.