
Saya nak kongsikan salah satu projek kraf yang saya buat dulu. Bunga-bunga yang dibuat daripada lace. Projek suka-suka sebab masa itu banyak sangat koleksi lace saya. Rasa rugi kalau tidak digunakan. Jadi, terhasilnya bunga-bunga ini.



Saya menggunakan dua corak lace yang berlainan. Setiap lace berbeza ukuran. Satu panjang dan satu lagi pendek. Setiap lace saya jahitkan dengan jelujur kasar sehingga hujung. Jahitan tidak perlu dimatikan. Setelah jahit sampai hujung, benang tadi ditarik ataupun dijerut sampai lace tersebut membentuk satu bulatan.
Lace yang panjang tadi bentuk bulatannya akan lebih besar daripada bulatan lace yang pendek. Selepas itu, lace yang sudah dibentuk bulat tadi disusun dan dicantumkan menggunakan gam UHU.
Nanti akan ada lubang di tengah-tengah bulatan tadi, jadi saya gunakan batu rhinestone untuk menutup lubang tersebut. Ia juga akan menambah seri pada bunga. Boleh juga guna butang dan manik yang besar. Ikut kreativiti masing-masing.
Kalau pembaca ingin cuba membuatnya sendiri, taip sahaja ‘flower lace tutorial’ di Youtube. Banyak tutorial yang akan keluar.

Bunga-bunga lace ini boleh dijadikan sebagai hiasan pada beg, penyepit rambut dan pelbagai lagi kegunaannya mengikut kreativiti sendiri.
Selamat mencuba!
Salam perkenalan dari bumi sonata.cantik craft awak.kemas.tini suka crafting juga tp da lama x aktif sgt skrg.
Salam kenal.
Ni aktiviti zaman sekolah dulu. Tiada lace perca pun jadi.
Kalau teruskan boleh juga jana pendapatan
Salam perkenalan dari saya juga. Terima kasih. Saya buat crafting ni pun sebab ada masa terluang. Kalau sibuk kerja memang tak sentuh langsung.
Salam kenal dari saya juga puan.
Blog puan antara salah satu blog yang saya singgah belajar ilmu jahitan.
Saya buat ni suka-suka waktu lapang.
Setuju. Kalau diteruskan boleh jana pendapatan.