Bunga-Bunga Lace

Bunga-Bunga Lace

Saya nak kongsikan salah satu projek kraf yang saya buat dulu. Bunga-bunga yang dibuat daripada lace. Projek suka-suka sebab masa itu banyak sangat koleksi lace saya. Rasa rugi kalau tidak digunakan. Jadi, terhasilnya bunga-bunga ini. 

Bunga lace di bahagian bawah lebih besar daripada atas disebabkan panjang lace yang berbeza.
Batu rhinestone untuk menutup lubang di bahagian tengah. Secara tak langsung, jadi penambah seri pada bunga lace.
Semua bahagian dilekatkan menggunakan gam UHU.

Saya menggunakan dua corak lace yang berlainan. Setiap lace berbeza ukuran. Satu panjang dan satu lagi pendek. Setiap lace saya jahitkan dengan jelujur kasar sehingga hujung. Jahitan tidak perlu dimatikan. Setelah jahit sampai hujung, benang tadi ditarik ataupun dijerut sampai lace tersebut membentuk satu bulatan.

Lace yang panjang tadi bentuk bulatannya akan lebih besar daripada bulatan lace yang pendek. Selepas itu, lace yang sudah dibentuk bulat tadi disusun dan dicantumkan menggunakan gam UHU. 

Nanti akan ada lubang di tengah-tengah bulatan tadi, jadi saya gunakan batu rhinestone untuk menutup lubang tersebut. Ia juga akan menambah seri pada bunga. Boleh juga guna butang dan manik yang besar. Ikut kreativiti masing-masing.

Kalau pembaca ingin cuba membuatnya sendiri, taip sahaja ‘flower lace tutorial’ di Youtube. Banyak tutorial yang akan keluar.

Boleh dibuat sebagai hiasan pada beg ataupun sebagai sepit rambut ikut kreativiti masing-masing.

Bunga-bunga lace ini boleh dijadikan sebagai hiasan pada beg, penyepit rambut dan pelbagai lagi kegunaannya mengikut kreativiti sendiri.

Selamat mencuba!

Leave a Reply to Unknown Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 thoughts on “Bunga-Bunga Lace”

Scroll to Top