Setting Jahitan Tepi Halus Mesin Jahit Brother 404D

Ini pula adalah setting untuk mendapatkan jahitan tepi halus. Selalunya digunakan untuk membuat kelim pada tudung. Menggunakan 1 jarum (jarum sebelah kanan) dan 3 benang.

Setting: 6, 6, 6
i) Tulisan berwarna pink mewakili jarum sebelah kanan
ii) Tulisan berwarna hijau setting untuk upper looper
iii) Tulisan berwarna biru setting untuk lower looper
Stitch length: R
Stitch width: 5R
Differential feed adjustment: 1.0
Keluarkan stitch finger dari mesin jahit
Stitch finger yang telah dikeluarkan.
Kain yang bewarna pink adalah hasil jahitan tepi halus.

Untuk setting jahitan tepi biasa/kasar seperti kain yang berwarna coklat di atas (gambar) sila rujuk entri Setting Jahitan Tepi Biasa/Kasar Mesin Jahit Brother 404D.

Setting Jahitan Tepi Biasa/Kasar Mesin Jahit Brother 404D

Minggu lepas, saya hantar mesin jahit tepi ke kedai untuk diservis. Sempat juga pemilik kedai berkongsi cara setting jahitan tepi kasar dan halus untuk mesin jahit ini.

Ini adalah setting untuk jahitan tepi biasa/kasar. Menggunakan 1 jarum (jarum di sebelah kanan) dan 3 benang.

Setting: 4, 4, 4
i) Tulisan berwarna pink mewakili jarum sebelah kanan
ii) Tulisan berwarna hijau mewakili upper looper
iii) Tulisan berwarna biru mewakili lower looper
Setting untuk stitch length: 3
Setting untuk width: 5 1/2
Setting untuk differential feed adjustment: 1.0
Kain yang berwarna coklat adalah hasil jahitan tepi biasa/kasar

Untuk setting jahitan tepi halus seperti kain yang berwarna pink di atas (gambar) sila rujuk entri Setting Jahitan Tepi Halus Mesin Jahit Brother 404D.

Dekorasi Pasu Kaison

Ada masa terluang ini, saya dapat menyiapkan satu projek dekorasi untuk menceriakan ruang meja saya, tempat di mana saya mencari inspirasi.

Jom, saya kongsikan cara membuatnya! Sangat mudah dan cepat.

Alat-alatan:
1. Pasu hiasan yang dibeli di KAISON
2. Masking tape saiz 1 inci
3. Pen Artline hitam (tak semestinya guna pen jenis ini, pen lain pun boleh)
4. Marker (saya gunakan Fabric Marker Sharpie sebab itu yang ada di rumah)
5. Gunting
6. Cutting Mat

Pertama sekali, potong masking tape supaya dapat bentuk segiempat sama. Lepas itu, potong kepada dua supaya dapat bentuk segitiga pula.

Kemudian, susun dan tampal di atas cutting mat. Kalau tak ada cutting mat boleh juga tampal atas permukaan yang licin supaya segitiga tadi mudah untuk ditarik semula.

Nak tampal terus atas pasu pun boleh. Lagi cepat.

Untuk saiz masking tape 1 inci ini, perlu ada 32 keping bentuk segitiga untuk memenuhkan ruang pasu KAISON tadi.

Seterusnya, lukis corak dan warnakan di atasnya mengikut kreativiti sendiri.

Akhir sekali, tampal pada pasu tadi. Satu baris menegak boleh dapat empat keping bentuk segitiga.

Susun mengikut cara lain pun boleh. Tidak berdosa.

Dah siap. Kacang saja kan? Selamat mencuba!

Scroll to Top