Projek Jahitan Patchwork

Assalamualaikum pembaca semua,

Sesi cantum-mencantum dan menjahit kain mengikut bentuk dan corak seperti yang dirancang. Alhamdulillah, akhirnya siap juga. Saiz keseluruhan ialah 36 inci lebar x 53 inci panjang.

Teknik jahitan ini dipanggil patchwork atau tampal cantum menggunakan kain perca. Dulu-dulu, orang kita selalu buat alas kaki atau selimut. Sekarang, teknik ini telah dikomersilkan dan digunakan untuk pelbagai produk seperti sarung bantal, beg, alas meja, dan juga skirt. Semuanya bergantung kepada kreativiti masing-masing. Projek patchwork yang saya buat ini mungkin boleh jadi alas meja.

Sampai sini saja, Jumpa lagi!

Beg Jerut Siap!

Hai, semua! Seperti yang dirancang, akhirnya siap juga. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, saya sempat mencuri masa untuk menjahit beg jerut (drawstring bag) ini. Alhamdulillah.

Inilah kain-kain cotton dalam entri sebelum ini, kini telah menjadi beg jerut – sebagai hadiah tajaan untuk adik-adik yang akan mengikuti bengkel Blogger Cilik Malaysia pada musim cuti sekolah ini.

Beg jerut ini berukuran lebih kurang 7 inci panjang dan 10 inci lebar (18cm x 25.5cm), semuanya ada 10 unit. Dua beg jerut akan ada satu corak. Beg-beg ini dijahit menggunakan kain cotton dengan pelbagai corak ceria dan berwarna-warni, sesuai dengan usia adik-adik yang akan menyertai bengkel ini.

Kain-kain ini telah bertukar rupa menjadi sesuatu yang lebih bermakna;

Corak Pertama
Corak Kedua
Corak Ketiga
Corak Keempat
Corak Kelima

Semoga dengan tajaan hadiah yang serba ringkas ini sedikit sebanyak dapat mengembirakan hati adik-adik ini serta dapat memberi semangat dan inspirasi untuk mereka menulis dengan gembira.

Selamat menulis dan selamat menjahit!

Beg Jerut: ‘In The Making’

Hai semua,

Kain-kain yang ditempah telah sampai, jadi kini saya boleh memulakan aktiviti menjahit beg jerut (drawstring bag) saya.

Beg jerut ini akan dijadikan hadiah untuk bengkel Blogger Cilik Malaysia, sebuah program sempena cuti sekolah yang akan diadakan pada Disember 2015 ini. Program yang sangat bermanfaat ini dikendalikan oleh Puan Azura Abdullah, penulis buku Bekerja & Berniaga: Panduan Kejayaan Untuk Suri.

Saya sangat berbesar hati menjadi salah seorang penaja hadiah untuk program ini dan tidak sabar untuk menghadiahkan hasil tangan saya ini kepada bakal-bakal blogger cilik tersebut nanti.

Bagi yang berminat dengan program ini, boleh rujuk Facebook Page Blogger Cilik Malaysia untuk maklumat lanjut.

Corak Pertama
Corak Kedua
Corak Ketiga
Corak Keempat
Corak Kelima

Kita tunggu dan lihat bagaimana hasilnya nanti.

Scroll to Top