Pouch Bag Comel

Assalamualaikum semua,

Selamat berhujung minggu kepada pembaca sekalian. Cuaca pada pagi ini sangat nyaman dengan hujan renyai-renyai.

Ini adalah salah satu projek jahitan dari buku Pretty Little Cozies yang saya pernah beli dulu. Beg ini digunakan untuk menyimpan alatan solek yang bersaiz kecil seperti gincu. Untuk saya pula, saya letakkan pelembap bibir, bedak kompak dan minyak cap kapak – barang wajib.
 

Pouch bag ini bersaiz lebih kurang 5 inci x 5 inci apabila dalam keadaan bertutup. Di bahagian luar, saya menggunakan kain linen manakala di bahagian dalam pula kain cotton. Cara jahitan dan ukuran kain semuanya telah dinyatakan dalam buku. Namun, pouch bag saya ini tidaklah 100% mengikut apa yang ditulis. Ada beberapa bahagian yang saya rasa sukar untuk diikuti, saya guna cara sendiri.

Di bahagian hadapan pouch bag ini, saya letakkan bunga lace menggantikan butang. Di rumah, tiada butang bersaiz besar. Saya lekatkan bunga lace ini dengan gam UHU.

Seterusnya, dalam buku menggunakan butang katup untuk menutup pouch bag ini. Disebabkan saya nak mudah, ringkas dan cepat, saya gunakan velcro sahaja seperti gambar di atas. Apa yang penting, pouch ni boleh ditutup dengan sempurna.

Tempahan Bantal Untuk Hari Pertunangan

Assalamualaikum semua,

Hari ini, saya ingin kongsikan hasil jahitan yang ditempah oleh kawan. Sebenarnya, sudah lama sangat ia siap, baru sekarang saya ada masa untuk menulis entri ini. Jahitan ini menggunakan teknik paper piecing. Templat huruf saya beli di Etsy. Dengan adanya templat sedia ada, ia sangatlah memudahkan dan menjimatkan masa saya dalam proses menjahit.

Huruf L
Bentuk ‘Love’
Huruf V
Huruf E

Sarung Tablet Dari Felt

Aktiviti kraf di hujung minggu untuk adik saya yang sekarang sedang menunggu keputusan SPM. Inilah hasilnya!

Saya bagi lima bintang!

Baiklah, bagi yang ingin mencuba boleh ikut tutorial di sini. Tutorial ini untuk sarung Instagram. Selamat mencuba!

Scroll to Top